CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, July 31, 2011

ahlan wasahlan =)

assalamualaikum blogger sekalian dan salam ramadhan..
hurm..xsangka da nak puasa, pantas betul masa berlalu, aina rase macam bru masuk tahun 2011, bru masuk F3, tp skarang da bulan 8, lagi 2bulan nak PMR...grrrr...tetibe rase gentar,18/8 ni ade percubaan PMR, percubaan ni penting sgt utk aina cpai impian aina utk masuk MRSM, aina nak sgt masuk MRSM, aina nak merasa jugak skolah berasrama..
eh da masuk citer lain pulak, sbenarnya aina nak cerita psal  Ramadhan...lupakan citer td..dan kembali kpd tajuk..sume orang tahu yg bulan Ramadhan ni byk fadhilatnya...antaranya, dibuka pintu2 Syurga dan ditutup2 pintu2 Neraka.. bulan ini la masa kita utk menambah pahala kita dengan memperbanyak amalan2..contohnya, baca Quran, bersedekah, bertasbih dan yg paling dituntut, solat terawih..
aina harap Ramadhan tahun ini lebih bermakna drpd tahun2 yg lepas..
salam ramadhan dari aina =D

Saturday, July 30, 2011

pengalaman paling best..

assalamualaikum kpd blogger sekalian..
dah lame aina xtulis blog...ari ni aina nak kongsi 1 pengalaman yg menarik yg berlaku pagi td...
ceritanya camni..
 aina&beberapa plajar laen terpilih mengikuti program ST'A'R(Straight A Result)..kat SAMTTAR pd 30/7/2011(ari ni).pd hari yg dijanjikan..aina pon dtg la kat skolah sbb kene berkumpul kat skolah dulu...aina ingat aina org pling last smpai..rupe2nye..ade lagi yg belum dtg...pd pukul 7.45 camtu..kwan aina jerit "wei, bas da smpai!! unik nye bas tu" aina ngan rasa agk bersemangat pegi la kat luar perkarangan skolah..tiba di sana...JENG..JENG..JENG.. OMG!!(Oh Menarik Gilaa!!) aina terkezut ngan "keindahan" bas tu..'memang unik bas ni' bisik hati aina. mananye xunik..bas zaman dulu beb!! xde aircond, tingap tingkap boleh tolak tarik(boleh dibuka),tempat duduk jenis lama..ntah zaman berapa punya aina pon xthu...pd pukul 7.55 pagi, bas pon bergerak dgn sentimentalnya..(as slow as snail)..mse bas tu mula bergerak..aina perasan yg pintu bas tu xtertutup.. kata kawan aina, bas tu baru bergerak, sbb tu belum ditutup. bape minit lps tu..pintu bas tu masih terbuka..aina pelik..tetiba terlintas ayt ni kat fikiran..'pintu bas xleh ditutup??? wah!! canggih habis!! Disebabkan bas tu bergerak ngan sentimentalnya..perjalanan yg mengambil masa 15 minit menjadi 30 minit!! aiyoo!! da la dah lmbt!!nasib baik program tu mula agk lmbt dri yg dijangkakan... program yg dianjur kan tu agk best la...boleh la kan...lps program tu habis..aina pon keluar dewan ngan kawan2 aina..keluar je dewan..."huh??? ape bas tu wat kat dlm???" hampir menjerit kitorang.. sume xngaku yg bas tu bas dari skolah kitorang..mase nak bertolak balik, ade masalah yg melanda kitorang..BAS XBOLEH KELUAR!!!sbb ade kereta yg menghalang.. xke mcm....tu la yg ngade2 nak masuk perkarangan skolah tu nape????pemandu bas tu pon..TON..TON!! terkejut aina ngan kwan2..bru nak menjamah makan tengahari...haisshh..boleh pulak hon2 kat situ..da la rmai orang..wat malu je..tebalkan muka jela..sume orang pandang smbil senyum kambing..sabo jela...mase nak naik jmbatan banting...1kejadian yg menarik..BAS BERGERAK NGAN KELAJUAN YG MINIMUM!! antara kata2 kawan aina mse kejidian ni berlaku
1."wei, aku kene pegi dpn, klu x, bas ni xleh bergerak" kata syazwan
2."wei korang, doa byk2"kata azri..
boleh pulak diorang wat lwak mse tu.. tu la perangai kwan2 aina, makin sukar suasana, makin kronik otak diorang...

woohoo..panjang nye cerita!!terima kasih kpd mereka yg baca smpai habis...ape2pon..aina xkan lupakan pengalaman ini..bukan senang nak dpt pengalaman camni..korang pernah????
ermm..dah la tu..smpai sini jelah wat kali ni..

Saturday, July 23, 2011

tlong ajar boleh???

assalamualaikum..
kwan2...aina ade masalah ni...masalah yg amat memalukan bg blogger aina rase..aina xthu camne nak comment kat post...aina da komen ...pstu aina tekan la button "post comment" ..pstu die suro aina sign in..da sign in..die suro post comment lagi....
camtu la.. smpai berulang-ulang kali aina buat..tp tetap xleh comment???
ade sesape yg boleh ajarkan aina???

Friday, July 15, 2011

lelakikacak bersama jenazah

assalamualaikum pembaca sekalian..da lama jugakkan aina x blogging..busy la...al-maklum la,,PMR makin dekat..hari ni aina nak kongsi 1 ilmu yg berguna utk korang..baca sampai habis ok???


Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'




Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"
namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.