CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, April 29, 2011

alhamdulillah...sudah selesai... =D

assalamualaikum...
kepada para pembaca...semoga berada dalam keadaan yg sihat sejahtera..

alhamdulillah.selesai jugak mggu PRA-PPT kat sekolah aina bg pelajar yg bergelar CALON PMR 2011..
agk memenatkan...tp takpe....mse ppt nnti xpayah wat ulangkaji byk2..boleh la relaks sikit...errmmm...aina nak luahkan perasaan marah,sedih&gembira  aina kat sini boleh x????

(boleh la..boleh la..ek???ek??)
MARAH
mse aina jawab kertas math(p1)...satu kejadian yg membengangkan telah berlaku....boleh pulak budak f2 buat bising cam kat funfair..dah kene marah ngan ckgu pon bising jugak..smpai ckgunye sekali buat bising sbb marah anak muridnye..adeke patot???aishh..xpatot...xpatot..da la org tengah pening sbb byk berfikir...tp tetap jugak xboleh jwab soalan...biase la...aina kan lemah math...

SEDIH
sob..sob..cerita sadis pula kali ni...masih lgi dlm topik PRA-PPT...aina xdpt jawab sume soalan (pend.islam)..citernye camni...sudah jdi kebiasaan....aina jwab dulu dlm kertas soalan..pastu baru salin dalam kertas kajang...tp entah kenapa kali ni..aina xsempat salin dalam kertas kajang..sempat salin 3/4 drpd sume soalan...secara serta-merta aian ilang 16 markah..haiih..nasib..

GEMBIRA
alhamdulillah...aina sudah dpt 1A utk pra-ppt ni..sgt gembira..tp xde la tinggi sgt markah tu..81% je...harap2..8A akn menyusul pula selepas ni..i'm waiting for you...

Tuesday, April 19, 2011

jom join 'contest blog paling wonderful' by Nadiah Johary

assalamualaikum kpd para pembaca...apa khabar??? sihat??? aina xbrape sihat la..batuk sikit..
aina nak bgthu kat korang..yg aina sudah DILAMAR!!!! seronoknye....TAPI...bukan dilamar oleh seorang lelaki utk menjadi surihatinya..tp dilamar oleh seorang blogger girl utk menjadi contestant contest nya yg bertajuk...'contest blog paling wonderful' (camne dia boleh lamar aina????? HENNA!!)
syarat-syarat penyertaan seperti dibawah:
  1. Jadi follower Dhia's Blog
  2. Blogger perempuan atau lelaki pon boleh join
  3. Blog yg dikira "WONDERFULL" tak kesah la cantik ke, comel ke, smart ke,hensem ke, macho ke, pendek cerita, yg berjaya menambat hati tuan contest ni...hanya 1 blog yg terpilih sebagai pemenang
  4. Buat 1 entry tentang contest ni...tampal banner contest blog sekali.
  5. Tag 5 orang blogger dan pastikan diorang tahu pasal contest ni..
  6. Letak banner contest di sidebar blog anda dan link-kan terus ke Dhia's Blog
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda mengenai contest ni di ruang commet entry contest ni di dhia's blog
kepada:

anda telah di tag!!


Thursday, April 14, 2011

dirimu begitu berharga

assalamualaikum kpd para pembaca...
dirimu begitu berharga???siapa yg berharga???
jawapannya ada dibwah....sila baca~


          Wanita....
Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan ketika kau dewasa kelak.....

Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu

Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)

Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....
Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?

Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!

Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...

Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu
Selepas nafsumu dipenuhi
Mengapa baru terbit sifat malumu
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil
Hasil perbuatan kejimu
dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas
Menggugurkan kandunganmu,
membunuh anakmu,
membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa

walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan

namun
...

Ingatlah

Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu

Tetapi....
Hakikatnya,

Kau membuang zuriatmu,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu
ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,

Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar
yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,


Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,

Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas

Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga
Biarlah kau dikatakan sombong
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya
Demi menjaga maruah dirimu
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu
kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....

Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kataMereka amat bijak dalam tipu daya
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai

Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu
Tidakkah kau sedar,
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?

Wanita.....
Sedarlah

Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga
Insaflah dengan perbuatan silammu
masih belum terlambat untuk segalanya
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'

Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....


Wanita....

Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah
dan disayangi oleh Tuhan-Mu
kpd para wanita...ingatlah..dirimu begitu berharga.....jagalah dirimu dgn sebaiknya...

 

Friday, April 8, 2011

hahahhaha... XD

salam sejahtera kpd pembaca..
jam menunjukan pukul 10 pagi...
dan kerja rumah belum disentuh lgi!!tapi da blogging.. (teruknye..)

1 istilah mengatakan bahawa "laughter is the best medicine"...pujangga juga menyebut.."senyum itu kelopak dan ketawa itu bunga yang menyempurnakan kembangnya' Islam pula mengatakan "senyum itu sedekah"
jom kita tengok apa kebaikan senyuman dan ketawa utk kesihatan....
  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
Justeru itu, kita hendaklah senyum selalu....dan ketawa bila anda rasa perlu...
sekian dari saya....(ceh!! da mcm penceramah pulak!! lawok..lawok....hahahaha..)

Saturday, April 2, 2011

cerita hujung bulan 3

assalamualaikum kpd pembaca...
urrmmm....aina ngah fikir...nape mggu ni sibok sgt????
ade perlawanan bola baling la...badminton la...amal islami la...haiihh..xde mggu lain ke???? nasib baik xterlibat...bagos..bagos..(nasib orang xde bakat..)
tu keje luar kelas yg aku mmg xkan penah teerlibat..keje skolah nie...amoii ya....ni snarainye..
SENARAI KERJA&AKTIVITI SEKOLAH MGGU NI
  1. fail pengerusi PSG(Persatuan Sejarah Geografi)-susah betol jd pengerusi ni..haiihh...nasib baik aku xjdi pengerusi...jd naib pengerusi(psstt...td kate kau yg siapkan fail tu) oh, ya!! mmg aku yg buat fail ni...walaupon aku bukan pengerusi...saje nak tolong...tugas N.P kan tolong pengerusi...
  2. seminar bahasa arab-isnin mggu lps, selepas perhimpunan...tetibe ade announcement "kpd pelajar tingkatan 3, anda diminta pergi ke surau darussaadah sekarang juga dgn membawa buku teks BAK, buku nota dan kamus bahasa arab pd pukul 8.15 pagi".aina ngan kengkawan pon pegi la kat surau....1 ari duduk bersila mmg memenatkan...rse cam nak patah pinggang aku...esok pon ade seminar bahasa arab lgi kat SAMTTAR...
  3. siapkan carta organisasi PSG-1 ari yang hening.... tetibe..TING..TONG..."maaf kpd para guru dan pelajar, disini ade 1pengumuman...perhatian kpd pengerusi,naib pengerusi dan setiausaha unit beruniform,kelab persatuan dan kelas permainan, sila kemaskini papan kenyataan anda ditempat yg disediakan selewat-lewatnya pd hari jumaat ini..ulang suara..bla..bla..bla.." 'uisshhhh...kerja aku bertambah lagi' kata hati kecil aku...(cewah..)...hari ni ari jumaat dan...carta organisasi masih belum siap!!!!!! ni sume kerana kwn aku yg xbwak bahan2 yg berkenaan...so, terpaksa la buat besok...HEYY!!!! tetibe aina teringat sesuatu, ckgu ckp, menghias papan kenyataan ni pertandingan...harap2..PSG menang...doakan tau!!
  4. kerja kayu KHB-ni lgi satu kerja yg aku xsuke...sbb???? aku xpndai menukang! sadisss.....hurmm...mengikut tahun2 yg lpas...keje kayu aku xpenah siap (bgosss...) tahun ni aku rse nak cipta rekod...tp masalahnye...bahan2nye xcukup...bley pulak tapak utk projek tu ilang.....carik pasal betul...hurmm..nape la aku perlu lalui sume ni????


   5.FOLIO-haiihh...folio...folio...mengapa kau wujud di alam ni????tahun ni aina kene siapkan 3folio..folio sejarah, geografi dan sivik...sumenye kene anta belum bulan 5....arghh!!! wat the fish!!!tp...aina akn siapkan jugak..by hook or by crook sbb..folio ni tiket utk ambil PMR....
6.latihan rumah sukan- pd ari rabu yg penat....tetibe...TING..TONG.."maaf kpd para guru dan pelajar, disini ade 1pengumuman, esok akan diadakan latihan rumah sukan bg rumah ALFA bg acara sukan dan permainan...bla..bla..bla..(aku lpe lepas tu die ckp ape )"igtkan lepas da abes sukan xde pape aktiviti lgi yg berkaitan dgn sukan..rupa-rupanya.....tekaanku meleset...xlme lgi, skolah nak wat pertanding sukan permainan cam ping pong, badminton,bola sepak,bola baling..dan segala jenis permainan yg melibatkan bola....pada hari yg dijanjikan...aina pon pergi ke kantin..(ats arahan...arahan..sape ntah...xnampak pulak sape yg ckp)...aina masuk catur...bley menang ke??? BOLEH..BOLEH..juara msti boleh..hahaha... ganbatte!!..ganbatte!!!
nampak cam sikit...tp sbenarnye...hanya tuhan yg tahu......
ermmm..ok la..tu je yg aina nak kongsi....
sehingga bertemu lgi die lain post...
assalamualaikum..