CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Saturday, January 26, 2013

perginya seorang insan bergelar sahabat

assalamualaikum.
sahabat,
pada saat dan ketika ini aku sangat merinduimu,
aku rindu bergurau mesra denganmu,
rindu mendengar cerita-ceritamu

sahabat,
mengapa engkau pergi?
pergi meninggalkanku seorang diri
apa salahku hingga kau menghukum aku
dengan hukuman yang cukup berat

sahabat,
setiap hari hati ini menangis
merintih agar kau kembali disisiku
aku mencemburui gurau-sendamu dengan mereka
mengapa bukan aku wahai sahabat?

sahabat,
aku tidak mahu kehilanganmu
aku ingin menjadi sahabatmu
hingga ke hujung hayatku

sahabat,
jika persahabatan ini ditakdirkan berakhir disini,
aku redha
mungkin ini yang terbaik untuk kita

terima kasih duhai sahabat
terima kasih kerana memberi aku peluang
untuk merasa manisnya ukhuwah fillah itu

sahabat,
sesungguhnya,
dirimu tiada penggantinya
hanya kau la sahabatku